
|
Landlord ^^
Assalamualaikum ;)
Credits Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: Nur Liyana Mazenee
| Selamat Hari Raya Aidil Adha
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, Hari ini seperti yang kita semua ketahui, adalah hari raya qurban. 6 & 7 November 2011 bersamaan dengan 10 & 11 Zulhijjah, 1432 Hijrah # ........................................................................................................................................................... Family Mazenee tahun ni raya dekat Pasir Pekan aje. Dekat rumah pak sedara. Best jugak lah kan. ke macam mana sister nurin ? Hahaha, dekat sana kitaorang kumpulkan sepupu sepapat. Yang waris tu tak ada yang datang. Family yang besar ni aje. Lagipun aku takde lah kenal sangat ngan waris aku apa semua nih. Haha macam apa? Alahh aku ni boleh katakan tak cakna lah dengan benda cam gini. Memang kalau bab bab ni, aku memang tak akan dapat pujian la. Weiwei, nak tahu tak? Kitaorang masa nak pergi sana tu excited gila. Lagipun dah lama tak jumpa sepupu apa semua nih. Biarpun satu Kelantan pun. Tapi yang dekat KL tu tak balik lah. Tu yang tak best tu. Tapi takpe la, takde la kisah sangat kan? Raya haji aje ni. .. Semalam .. Semalam mama cakap macam ni, " Esok nak pergi Pasir Pekan pukol 7 sebab Tok Ayah nak korban pagi-pagi lagi. Siapa bangun lambat, kena tinggal. " Aku masih ingat ayat tu. Masih, masih dan masihhh. Setelah itu, aku berazam untuk bangun pagi esok ( * cewahhhh ) Hahaha. Malam tu, aku tidur awal. Hari keesokan .. ( 10 Zulhijjah ) Aku bangun, tu pun sebab adik aku, Alya ( 5 tahun ) yang kejutkan. Kalau tak, mungkin terlanjur seperti biasa, pukol _ _ tengah hari baru bangun. # Jengjengjeng ( bocor sudaaa ) Hehehe. ^^ peace .. Continue . Adik aku kejut aku, " Kak Na, bangun. Lewat dah ni. Nak pergi dah. " Aku, menggelabah. " MasyaAllahh, baju masih tak gosok apa lagi, semua belum prepare lagi " Dengan perasaan yang gundah gulana, aku pun bangun lepas tu keluar. Tengok tengok, haihhh = =' Masa tu semua tak siap lagi, aku ingatkan diaorang nak tinggal aku dahh. Tapi tak pun. Diaorang masa tu pun tak makan lagi. Time tu pukol 7.15 pagi. Semalam cakap nak pergi pukol 7 lagii. Angan angan aja tu . Saja nak suruh ' anak dara ' ni bangun awal. Saja nak takut takutkan. Huh? Aku pun apa lagi, ambik aju, pergi gosok. Tiba tiba datang la seorang Mamat Husdus ni mintak tolong aku gosokkan jubah dia. Aku pun terrrr paksa. Buat aje lahh. Siap semua tuh, yang laki laki pergi sembahyang dulu. Dalam pukol8 macam tu laa. Sudah siap semua tu, kitaorang bertolak dalam pukol 9.30 lebih laa. Mama selalu pesan " Jangan biarkan orang tunggu kita " Masa tu mama membebel dalam kereta cakap, " Kesian semua orang tengah tunggu kita " Sesampainya dekat sana, Hahahahaha ( macam nak gelak puas puas ) * sedapnya gelakk Kami family First yang sampai dekat sana. Kita ingatkan dah ramai yang tunggu kita, At last kita yang tunggu orang. Dalam beberapa minit selepas tu, sampai lah diaorang semua. Lembu sampai dalam pukol 11 lebih laa. Ingat kan masa tu dah boleh la sembelih, tapi kena tunggu Tukang Sembelih tu datang dulu. Memang semua yang dirancangkan tu tak menjadi lansung. Nak bertolak pukol7 lahh, nak sembelih awal pagi lah what else lahh. Tak menjadiii. Lastly, korang tahu kita korban lembu pukol berapa? #SELEPAS ZOHORRRR !!! Huh? Buat letih aku aje bangun pagi-pagi. Tapi, lepas Zohor tu, aku sempat lah tengok kejap masa " Lembu kena bunuh tuh " Kejapp jeee . Lepas tuh, aku ngan sepupu sepapat yang tersayang nih pun pergi naik atas untuk solat. Masa nak sembahyang tu, aku memang ingat nak ajak diaorang solat berjemaah. # Wahhhh, calon ustazah pilihan. ( Maklumlah Sekolah Agama kan? ) Tapi aku takut diaorang tak setuju. So aku buat tak endah aje lah. Kitaorang pun buat hal masing-masing. Kami sembahyang sendiri-sendiri lah. Lama selepas itu, si Nurin nih pun datang nak jadi " Hantu Mengacau " Maybe dia rasa seronok kot? Takpelaa, buat lah apa pun asal dia bahagia. Kuikuikui. Dia kacau kitaorang sembahyang, Aku oke aja. Tak senyum, tak suka, tak ketawa. *Takde respon lansung. Tapiii, orang sebelah aku, si Mirah ni pulak suka terkekek kekek. Sebelah dia pun, apa lagi, dah orang sebelah suka, dia pun ikut ajelah. Tapi Alhamdulillah, si why nae nih tak tergoda lansung dengan ketawa ketawa tu. Dia terus sembahyang dengan sekhusyuk khusyuk nyaa. Dia soarang aja yang teruskan sembahyang, yang lain semua berhenti sebab nak ketawa. Mungkin bagi diaorang ni permainan? Cuba kau orang fikir, kita tengah menghadap Allah s.w.t dan tiba-tiba kita keluar dari menghadapnya dan suka bagai nak rak. MasyaAllah. # Aku tak maksudkan diaorang, cuma nak bagi ikhtibar aje. Continue,.. Lepas tu, Mak Sedara Mak aku nih pun larang la " Tak baik usik orang sembahyang. Kenapa tak sembah berimam je? " Diaorang pun lastly sembahyang berimamkan Ustazah Nurin Shahida ni. Dia pun bekas pelajar Amalin jugak. Selepas selesai semua tu, kami ni ngantuk sesangat. Dahla dalam aircond pulak tu, lagilah mengasyikkan kami tidur kalau sejuk sejuk macam tu. kan kan? Lepas tu, kami pun tidur. Aku ingatkan diaorang betul-betul nak tido, ruparupanya nak lending aje. Aku jugaklah yang nak tidor betul betul nyee. Lama gila aku tidur, tiba tiba tersedar. Aku bangun, tengok semua orang dah tak ada cuma kakak aku dengan Kak Nuba jerr. Diaorang pun suruh aku bangun then pakai tudung sebab nak turun bawah. ( turun makan laa ) Turun tuh, dengan muka yang agak Poyooo, aku tengok ramai gilaa tengah menjamu Daging Lembu dekat bawahhh. Haihhh, malunyaa. ( dengan muka yang macam budak 10 tahun yang baru bangun tidur ) aku pun pergila dekat tepi mama aku, *buatbuat manja. Lama tuh aku termenug, dia pun ajak aku makan. Aku pun pergi ajelah. Dalam pukol5 macam tu baru kitaorang balik, yang aku nak ceritakan dekat sini .. - Aku tak sentuh pun Daging lembu tu ( means aku lansung tak pergi dapur untuk tolong memasak ) Ini lahh Anak Dara . Hahahahaha. Tapi memang bestlah, dalam banyak banyak Raya Haji, tahun ni memang paling best. Terbaekkkk lahh !! ByTheWay, Selamat Hari Raya Aidiladha korangg !! Original Profile; ║▌║││█║▌│║▌║║ ▌│█│║▌║▌ Sincerely# Nur Liyana Bt Mazenee |