Imperfect Lady

Landlord ^^
Assalamualaikum ;)


Assalamualaikum sayang-sayang and abang-abang . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman to kill you!.

Status : I LOVE YOU SO MUCH B :* (HAZMAN MAT LIAS)


Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Nur Liyana Mazenee

Kini tinggal kenangan :')

Assalamualaikum w.b.t readers/stalkers,

Harini aku nak cerita sikit lah pasal aku dengan dia (ex). Act aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita ni. Tapi ni semua mungkin sebab aku kut, perangai aku. Mungkin bagi dia aku ni perempuan yang sangat busybody kut. Tapi aku cuma ambil berat je, Salah ke? Memang la aku suka kacau dia, selalu mesej dia. Aku bukan apa, cuma rasa tak boleh nak tinggal dia jer. Tapi sekarang, dia dah pergi, tinggalkan aku ...



PAGI KHAMIS, 18 OCTOBER 2012

Kitaorang texting macam biasa lagi masa tu. Tapi, masa tu aku dah dapat detect dah, dia layan aku tak macam biasa. Lain sangat, seolah olah dia tak pernah kenal aku selama ni. OMG! Apa yang dah jadi ni? Arghhhhh, stress. Then aku tanya dia, kenapa. Dia cakap takde mood, kfine. Aku stop text dia. Malam tu, aku text dia lagi, blablabla. Dia cakap, "yana kita text nanti lah. Im dekat rumah kawan ni, kejap lagi im call." Aku cakap, "kalau nak call tu nanti pukul 10 lah." Sebab time tu aku ada outdoor event. Okayy, aku tunggu dia malam tu. Kebetulan aku baru sampai rumah, dia call. Ingat lagi, masa tu pukul 10.07. Dia cakap, sorry lewat 7 minit. Aku cakap takpe, then kitaorang borak lalalala. And aku perasan satu kelainan dekat dia, dia cakap series sangat malam tu. Takde suka suka pun, tak macam biasa. Aku cakap dengan dia lebih kurang 10 minit je, then adik aku masuk bilik aku, cakap mama panggil. Aku pun pass handset dekat kakak aku. Sebab ex aku pun rapat dengan kakak aku. Aku pun keluar, cakap dengan mama lebih kurang 5 minit. And then masuk bilik, tengok handset dah ada atas katil. Tanya kakak, eh dia dah letak? Kakak cakap, em dia cakap dia nak tidur kejap nanti dia bangun, dia call balik. Alaaaa, aku baru nak je nak start cakap dengan dia. Ingat nak call dia balik, tapi taknak ganggu dia tidur. Malam tu aku tunggu je dia call aku. Tapi dia tak call call pun. Masuk pukul 12, ehh dia ni nak bangun lagi ke tak ni? Takpe lah, aku tunggu. Sampai pukul2 aku masih belum tidur. Tunggu dia, sambil online. Mata dah lali, mengantuk sangat sangat. Aku pun text dia, " kata nak call balik? em takpela yana dah nak ngantuk ni, yana tidur dulu eh? Bye im. "



PAGI JUMAAT, 19 OCTOBER 2012


(*ponteng sekolah) Keesokannya, aku bangun. Masa tu subuh, bukak handset tengok takde pun mesej dari dia. Means dia masih tak reply lagi mesej semalam. Takpelah, maybe dia tak bangun lagi kut. Alaaa, kejap lagi dia balas lah tu. Dia tengah sembahyang kut, aku pun pergi lah sembahyang subuh. Sudah tu, tengok handset, tak ada pun mesej dari dia. Agak sedih la kut. Alaaa, kut dia tak sempat kut. Ada lah tu buat kerja dia. * Cehh, sedapkan hati. Okeee, aku tunggu tunggu tunggu! Pukul 10, tak balas pun. Sampai petang aku tunggu, tak ada pun mesej dia. Erghhhhhh, memang nak marah sangat masa tu. Baguslah sangat dia dah tak layan aku. Ye bagus. Aku mintak tolong dengan dua orang kawan aku ni. Kawan aku mesej dia, dia tak balas. Berapa minit lepas tu dia call kawan aku guna handset mak dia. Dia cakap dia tak ada kredit, lepastu dia cakap nanti malam dia call lah aku. Okayy fine, aku boleh terima alasan dia tu. Tapi kenapa dia tak call aku sendiri je then cakap yang dia tak ada kredit? Kenapa mesti call kawan aku? Dah banyak mesej yang aku hantar kat dia, dia tak reply jugak. Ingat orang ni tak risau ke? Lepas tu senang senag je cakap nak call malam tu TAPI TAK CALL! Why? Awak tau tak, awak dah buat saya risau? Hah? Ishhhh. Awak ni kan, memang la. Aku tunggu dia tau malam tu, cakap nak call tapi tak call pun. Semalam pun macam tu. Next, aku pun text dia, cakap "yana dah nak tidur ni. Bye." Lepas tu, satu mesej masuk. Wuuuuu, happy gilaa aku masa tu. |BUKAK MESEJ| Dari dia, yeayyyyyy! Baca tu, blur sekejap. Er? Dia hantar mesej RQ pastu cakap BYE. Em, okehh. Walaupun sedikit sedih, tapi takpelah yang penting dia balas :') Aku rasa tak puas hati lagi masa tu, rasa nak call dia je. Aku rindu sangat nak dengar suara dia. Aku beranikan diri untuk call dia. Lepas tu, ehhhh. |TouchScreen| Tertekan call lah pulakkk. Aishhh, aku baru je nak fikir ayat nak cakap apa dengan dia. Aku tak ready lagi ni. Tapi, takkan nak end call pulak kan? Aku pun rasa macam eh takpe la cakap macam biasa je, buat spontan aku. Kejap tu, dia pun angkat. Err, aku start lah talking talking. Actually, aku just nak cakap goodnite je kut. Aku tak sempat cakap lagi, dia cakap " olohh yana gak, maso ni baru nok tepong. ore nok tido doh nih " *sory kelantan. And i was like, er? Terkejut aku, boleh dia cakap macam tu dekat aku? Dahla janji nak call, tapi tak call. Sekarang aku call dia pulak, dia marah aku. Apa kes? Bapak kau sedih. Aku pun cakap " em, takpo lah. bye. " *sorry again (kelantan) Wehhhhh, habis terbatut. Aku ni bukan main lagi fikir ayat nak cakap dengan dia, tapi? And siapa sangka, malam tu merupakan malam terakhir aku dengar suara dia! Okeyyyy, aku tengah frustt sekarang nii. Tolong diam semua! Aku nak menangis kejap.




PAGI SABTU, 20 OCTOBER 2012


Macam biasa, number dia tak tersenarai pun dalam inbox aku pagi tu. Semakin lama, semakin rindu aku dekat dia. Yelaa, boyfriend. Dah lama tak contact, siapa tak rindu kan? Pagi tu, pagi pagi lagi aku suruh adik aku pergi kedai 7e, suruh dia pergi beli topup. Actually aku nak topup dekat number aku yang dah bersarang tu (lama tak pakai number tu) tapi teringat pulak dekat dia. And topup tu aku ingat nak bagi dekat dia je, nanti aku boleh la mesej dengan dia. Lepas tu terfikir jugak, takkan aku nak bagi macam tu kut? Malu lah aku. Nampak sangat aku ni TERDESAK sangat nak mesej dengan dia. Aku pun mintak tolong kawan aku ni, suruh dia hantar pin topup dekat 'ex' aku nih. Tapi aku cakap dekat kawan aku tu, jangan bagi tau aku yang bagi. Nanti kau cakap je kau yang belanja sebab nak suruh dia text aku. Kawan aku cakap okay, so dia tolong aku. Lepas tu, ada mesej masuk. Engatkan mesej si 'ex' ni rupa rupanya mesej kawan aku yang tadi tu. Dia cakap 'ex' aku tu taknak terima. Aku pun, okayy fine. Bak sini balik pin tu. Erghhhhhhh sumpah aku geram. Act, kenapa dengan dia tu ha? Aku pun dah fedup dengan dia. Okayyy, malam tu bola kan? Before start bola, aku text dia. Cakap, "bila nak ada kredit ni? rindu nak text macam biasa." Dia reply! Wehhhhh dia reply laaaa. Huhuuuuuu, suka nya aku! Dia cakap, "boleh la." Ohh rupanya dia dah topup entah dari zaman bila lagi tapi sengaja tak text aku. Lepas tu aku cakap la, "asal ada kredit tapi tak text aku?" And dia cakap tak ada mood. Lagi? Alasan asyik sama je. Tapi aku rasa dia ada problem la. Kut yer pun jangan la sampai tak layan aku macam tu kan? Sedih la aku :'( Pastu kitorang text, masing masing macam dah tak ada feeling satu sama lain. Dahtu dia yang mulakan perangai buruk dia tu, aku pun sama la. Hahahaha sengal. Lama lepas tu dia cakap okela, dia tengah takde mood ni. Habis aku pun tanya la. So? Kalau tak ada mood tak boleh text ke? Dia yang bengangg dengan aku ni reply text aku dalam satu/dua ayat jer. Grrrrrr --' Kalau macam tu baik tak payah text, buat sakit hati aku je. Lepas tu aku tanya dia macam macam. Aku bukan nak busybody pun, aku caring je lah. Kau tak faham ke? Apesal la dia tak faham aku? Dia pun reply " eh kalau awak tak banyak tanya tak boleh ke? " Aku terrrrrGAMAM!! Sampainya hati dia. Habis akuu geram sangat, aku pun buat bodoh jeh, reply text dia " eh lantak lah, saya just nak tahu je kan? tu pun salah ke? " Lepasss tu kannn, dia terus tak reply text aku. Gila la punya vavi sedih aku.




PUKUL 3, 21 OCTOBER 2012



Selepas sembahyang zohor, aku teringat dekat dia. Rasa sedih sangat, aku seolah olah dapat rasa yang dia akan tinggalkan aku tak lama lagi. Aku rasa aku tak berdaya lagi dengan semua permainan ni. Rasa sebak sangat, aku menangis sepuas hati aku. Sesak nafas! Lamaaaa, aku termenung. Aku rasa aku dah bersedia sekarang kut kalau dia nak break dengan aku. InsyaAllah. Lepas tu, aku text dia. Aku cakap " Im, kalau im rasa im dah tak boleh nak terima yana lagi, tolong cakap. Yana dah tak sanggup nak terima semua ni. Tolong im, kali ni je. Tolong reply text yana. And yana janji yana takkan ganggu im lagi " Tepat 1507, dia reply, dia cakap memang dia dah tak boleh nak terima aku lagi!! Masa tu, aku rasa sekali lagi aku dikecewakan oleh lelaki yang sama. Ya Allah, aku tak putus putus berdoa supaya Allah tabahkan hati kecil aku ni. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku masa tu. Hati aku hancur! Rasa sakit sangat. Ya Allah, aku ingatkan aku dah bersedia dengan perkataan tu tapi. Akhirnya, dia pergi tinggalkan aku. Lepas ni, tak ada lagi mesej dari dia. Semuanya dahpun berakhir :') 






***Thanks kepada kawan aku yang dah banyak tolong aku dalam hal ni;

Adila Azman and Hanis Wahida 


//Kepada ex,

Im, yana rindu im sangat sangat. Tapi im rasa tak macam yana rasa sekarang ni? Yana rasa takde kan? and tak  mungkin lah ada. Yana tulis dekat sini sebab, yana tahu oneday im akan baca semua ni. Yana harap im dapat orang yang jauh lebih baik daripada yana. Oneday, im akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Nanti dah tak boleh menyesal tau? Sebab im dah lepaskan yana untuk orang lain. Yana doakan im bahagia dengan orang seterusnya, Amin. Im, kalau boleh, im jangan lupakan yana oke? Sebab, yana pun takkan pernah lupakan im. Assalamualaikum.

Ahmad Zaim Bin Mohd Alui :') Terima Kasih.